Tag: France

Is France a Good Place to Visit? This Video Will Explain All about That

Tien Nguyen- 22/12/2016 0

Paris is a city that never eases up. Return on numerous occasions and there is continually something fabulous to encounter – world-well known historic points ... Read More

Pencerahan Mingguan (siri 8): Korupsi dan Rasuah daripada Perspektif Syariah dan Undang-undang di Malaysia

Amanah Negara- 14/12/2015 0

Oleh: Nurhayati binti Abdul Ghani, Abdul Ghani bin Samsudin Isu korupsi dan rasuah dalam tadbir urus  dan tatakelola negara dan institusi-institusi lain semakin mendapat perhatian masyarakat dewasa ini. Tahun 2020 sudah semakin hampir untuk negara Malaysia mencapai status negara maju. Peningkatan dalam kes-kes korupsi dan rasuah dilihat sebagai perkara yang merencatkan cita-cita negara. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan memberikan satu penekanan tentang bahaya korupsi dan rasuah yang dipandang serius oleh agama Islam dan undang-undang sedia ada di Malaysia. Walau bagaimanapun, isu pelaksanaan undang-undang tidak menjadi fokus kajian ini. Diharapkan masyarakat Malaysia akan mempunyai jatidiri dan keimanan yang kuat untuk membenteng diri daripada amalan korupsi dan rasuah seterusnya berupaya memainkan peranan dalam usaha membendung gejala yang merosakkan masyarakat ini. PENDAHULUAN Malaysia sebagai sebuah Negara Asia yang sedang membangun pernah mendapat jolokan sebagai Singa Asia dalam kemajuan ekonomi dan sosio-politiknya pada suatu masa dahulu. Namun kebelakangan ini ternyata Malaysia seolah-olah sedang melalui liku-liku penurunan yang cemas dan menakutkan. Kalau dilihat dari sudut tahap dan umur sesuatu perkembangan tamadun dan peradaban, Malaysia seolah-olah berada dalam tahap keempat (konflik) dan lima (dekadensi). Dalam tahap ini merata gejala salah laku urus tadbir negara, jenayah kolar putih, rasuah bersekala besar dari elit penguasa, kehilangan integriti pemimpin, kes pembunuhan melibatkan pimpinan utama, kemorosotan ekonomi, harta kerajaan semakin merosot, beban hutang mega semakin meningkat, rakyat makin terhimpit dengan GST serta semakin sengsara dan sebagainya. Ini adalah satu fenomena yang perlu ditangani dengan serius oleh semua pihak dalam usaha kita mencapai impian negara maju Wawasan 2020. Oleh sebab itu kita perlu menyorot faktor-faktor yang membawa kepada kemerosotan negara kita ini untuk menyedari kesan buruknya terhadap masa depan peradaban Islam, bangsa dan negara. Faktor tersebut sangat banyak dan dalam hubungan ini penulis hanya menyorot fenomena “Al Fasad” kebejatan atau korupsi; memandangkan ini merupakan isu yang hangat diperkatakan masa kini. Masyarakat perlu jelas makna korupsi dan apakah yang terjumlah kepada korupsi dan rasuah, untuk mendepani cabaran ini. Sebelum menghuraikan lebih lanjut wajar kita merenungkan beberapa ayat dan hadith yang menyentuh isu ini.   AYAT –AYAT DAN HADITH BERKAITAN AL FASAD DAN KORUPSI Islam amat memandang serius ancaman korupsi dan rasuah dan segala bentuk urus tadbir yang akhirnya terjumlah kepada satu kezaliman, dan sesuatu yang merosakkan.  Dalam konteks ini, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadith menyentuh mengenai kerosakan atau disebut sebagai “al-fasad”. Korupsi dan rasuah adalah termasuk dalam pengertian fasad ini. Sebahagian ayat-ayat al-Quran dan Hadith mengenai fasad, korupsi dan rasuah ini adalah seperti yang berikut. Di dalam Surah Al Baqarah ayat 205 Allah berfirman: وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الْفَسَادَ Bila berkuasa mereka mengusahakan agar berlaku kerosakan di persadanya, mencelakakan sawah ladang (sektor pertanian) dan keturunan. Pada hal Allah tidak suka perbuatan merosak dan “Al Fasad”. Di dalam Surah Al Maidah ayat 64 : كُلَّمَا أَوْقَدُواْ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ Tiap kali mereka mencetuskan api peperangan Allah padamkan api itu, mereka berterusan melakukan kebejatan dan kerosakan di dunia ini pada hal Allah tidak menyukai kerosakan (Al Fasad) Dalam Surah Al Sad 24 Allah berfirman: وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنْ الْخُلَطَاء لَيَبْغِي بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْ Kebanyakan golongan orang yang bersekutu melakukan kezaliman terhadap sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; namun golongan seperti itu amatlah langka dan sedikit.”   Fasad merujuk kepada perbuatan merosakkan tanaman, baka dan keturunan serta membuat kezaliman. Golongan yang tidak membuat fasad adalah golongan beriman dan berbuat solih; kebaikan dan Allah menyebut bahawa golongan ini adalah sedikit. ... Read More

PENCERAHAN MINGGUAN (SIRI 7) : JANGAN MARAH, KAMU AKAN MASUK SYURGA

Amanah Negara- 27/11/2015 0

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ : أَوْصِنِيْ ، قَالَ : (( لَا تَغْضَبْ )). فَرَدَّدَ مِرَارًا ؛ قَالَ : (( لَا تَغْضَبْ )). ... Read More

PENCERAHAN MINGGUAN (SIRI 6)

Amanah Negara- 20/11/2015 0

Antara Harapan dan Putus Harapan : Antara Kejayaan dan Kegagalan Oleh: USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDIN Pendahuluan Kehidupan di dunia ini penuh dengan cabaran, godaan dan ... Read More

PENCERAHAN MINGGUAN (SIRI 5) – KEUTAMAAN SILATURRAHIM

Amanah Negara- 13/11/2015 0

Keutamaan Silaturrahim (Untuk mereka yang suka memutuskan hubungan silaturrahim) Oleh: Ustaz Ahmad Awang Sesungguhnya silaturahim merupakan amal soleh yang penuh berkat, dan memberikan kepada pelakunya ... Read More

KONSEP ISTIQAMAH DALAM ISLAM

Amanah Negara- 06/11/2015 0

Oleh : Hj. Abdul Ghani Samsudin Pendahuluan Salah satu tanda jati diri seseorang dalam menghayati nilai nilai Islam ialah ialah wujudnya sifat istiqamah dalam reality ... Read More

Keperluan Meningkatkan Amalan Hidup Berakhlak

Amanah Negara- 22/10/2015 0

Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin Misi gerakan Islam yang paling utama ialah membentuk diri dan umat dengan akhlak yang baik serta memgamalkan budi pekerti yang ... Read More