
AMANAH Sokong Saranan Kerajaan Sambut Aidilfitri Secara Sederhana
Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) telah bermesyuarat pada hari ini dan telah membuat ketetapan berikut:
- AMANAH mengambil maklum saranan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa langkah-langkah penjimatan perlu diambil susulan perang yang berlaku melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran. Justeru, semua pertubuhan AMANAH di semua peringkat dan ahli-ahli AMANAH disaran untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini secara berhemah dan sederhana.
- AMANAH berpendirian bahawa Amerika Syarikat dan Israel perlu menghentikan segera perang terhadap Iran. Keamanan di Timur Tengah temasuk di Palestin perlu ditegakkan segera kerana perang ini boleh menyebabkan kesan besar kepada ekonomi global. AMANAH berpandangan bahawa jika perang ini berterusan, Malaysia bakal berdepan situasi ekonomi yang mencabar.
- AMANAH turut mengingatkan pembangkang untuk tidak mempolitikkan isu perang yang sedang tercetus ini demi kepentingan politik. Kenaikan harga minyak adalah kesan global, namun AMANAH percaya Kerajaan MADANI akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menstabilkan harga minyak dalam negara. Justeru, rakyat diseru untuk bersama Kerajaan MADANI membuat persediaan berhadapan sebarang cabaran ekonomi susulan perang ini dengan mengamalkan perbelanjaan secara berhemah dan berjimat-cermat.
MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (AMANAH)
CATEGORIES Pendirian Semasa