01 Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
02 Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen).
03 Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance) selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kecekapan dan ketelusan.
04 Mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan prinsip demokrasi di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
05 Menggembleng seluruh segmen masyarakat dalam wadah perjuangan politik inklusif, merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan agama.
06 Menghormati dan meluhuri Perlembagaan Persekutuan serta mempertahankan kebebasan asasi dan kedaulatan undang-undang.